Sinopsis BAB 1, 2, 3 (Novel Tingkatan 3)

Novel Hempasan Ombak : Sinopsis BAB 1, 2, 3 (Novel Tingkatan 3)

(Zailiani Taslim) 

Sinopsis BAB 1

Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga. Farid kerap mengingati pesan arwah bapanya, bahawa perniagaan ibarat roda yang penuh cabaran. Farid tetap berfikir mampukan yang cetek ilmu perniagaan mewarisi dan meneruskan perusahaan batik ayahnya yang kian malap dengan hutang yang banyak. Takkan ibunya, Hajah Zaoyah (56tahun) yang menanggung beban itu, abangnya Lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda. Manakala abangnya Farhan telah meninggal dunia ketika tahun akhir di UKM. Adik-adiknya Hanisyah (15tahun) dan Hisyam(tahun) sangat mentah. Farid terpaksa mengambil alih perniagaan keluarganya. Tomsiah  merupakan kerani yang berdedikasi telah membantu Farid. Menurut Kak Tom, hutang ayahnya bukan dengan pihak bank tetapi hutang runcit dengan pembekal. Selain itu, Kak Tom memberikan gambaran kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid. Kak Tom memberikan nombor telefon Encik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok perniagaan.

Sinopsis BAB 2

Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula. Kata doktor ayahnya mengalami barah dalam perut ( Hypertension). Walaupun ada yang menyatakan ayahnya disantau. Farid terima takdir Allah. Farid menyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu dan sabar dalam  perniagaan . Perniagaan batik ayahnya masih beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil kesempatan tidak membayar hutang. Farid berbual-bual dengan Pak Nik (pekerja batik), menurut Pak Nik kuato pengeluaran dikecilkan kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin kurang. Manakala batik keluaran mereka kurang laris dipasaran. Pak Nik menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti diwarisi. Kak Tom menunjukkan Farid fail hutang dan meminta Farid meminta bayaran kepada ejen yang masih berhutang lagi.

Sinopsis BAB 3

Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama. Mereka bercerita banyak perkara. Ibunya menyedari bahawa Farid semakin kurus dan masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan masalah yang dialami semasa menguruskan perniagaan batik keluarga. Malam itu, Farid meluahkan masalahnya . Farid merasa malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain yang seusia dengannya mampu mengendalikan perniagaan. Ibunya berpesan bahawa dia tidak mahu syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya. Ibunya ingin menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatkan syarikat. Farid terfikir sebelum tidur tentang cadangan ibunya. Dia baru teringat cakap Kak Tom supaya berjumpa seseorang.

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment